Friday, November 23, 2007

Coleslaw

Anak ummi ada sebut nak makan ayam goreng KFC, ummi kata nnt mak buat lah..Dia kata nak pakej lengkap mcm kat KFC lah..Bila smlm abg long cakap dia nak balik jap hari ni, so ok, ok mak wat sebab abang long pun suka sgt fast food camni..try le wat coleslaw ni, jun penah suggest yang ni sedap...tq jun! Mlm tadi prepared ni tuk set lunch tghri ni, biar sedap n mesra rasa dia nnt..byk gak ummi wat...So balik keje tghr td, just goreng ayam, wat mashed potato n kentang goreng jer...Balik keje ptg ni, hah! dah tggal sikit jer..duk meratah coleslaw budak-budak ni..

Bahan-bahan:-
1/2 biji kobis - hiris halus-halus
1 biji lobak - parut halus

Bahan gaul:-
3/4 cawan mayonis
1/4 cawan heavy whipping cream
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Campur semua bahan ni, masukkan dalam mixer, blend sekejap biar sebati dan lembut. Masukkan sayuran hiris di atas. Kacau rata. Masukkan dalam fridge...biar semalaman.

No comments: