Friday, November 16, 2007

Jemput Udang/Prawn Fritters


Emm..minggu ni banyak wat jemput2 je ek..Tp memang laku, x kira jemput apa...Ni lah jemput family ummi turun-temurun..hehe.
Bahan-bahan:-
1/2 kilo tepung gandum
100 gm taugeh
50 gm daun kucai
10 ekor udang (kalu besar, potong kecil)
1 labu bawang besar - dadu
1 biji telor
1 cawan air panas didih
2 cawan air sejuk biasa
2 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:-
Campur tepung, garam, baking powder dan kacau rata. Masukkan air panas. Kacau-kacau rata. Masukkan air sejuk dan telor. Masukkan semua sayuran dan bawang, kacau sebati. Panaskan minyak dan jemput dengan tangan atau sudukan adunan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan (untuk gorengan cantik dan sedap, gunakan minyak yang banyak/"deep frying"). Makan dengan sos cili...

No comments: