Thursday, November 8, 2007

Lemon Cake



Ni Lemon Cake dari resepi blog Jun ari tu..Ummi teringin nak makan dan kebetulan Aiman pun nak bawak g sekolah dia Jumaat lepas, sebab ada jamuan. Balik rumah dia kata cikgu dan ustaz dia puji sedap...hehe, thanx a lot Jun...

Bahan-Bahan:-

1 cawan butter (suhu bilik)
2 cawan gula caster
4 biji telor
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu pes lemon
3 cawan tepung
1 sudu besar baking powder
1 cawan buttermilk (ummi guna 1/4 yogurt + 3/4 fresh milk)

Cara-cara:

Satukan tepung dan baking powder yang telah diayak dan garam dalam bekas. Dalam bekas lain, pukul butter, gula, telor, kulit lemon, pes lemon dan esen vanila hingga berkrim. Masukkan campuran tepung secara 3 peringkat berselang seli dengan buttermilk 2 peringkat. Masukkan adunan dalam loyang 8"x8" yang telah digris. Bakar selama kurang lebih 45 minit atau hingga masak. Memang sedap dan gebusss..!

No comments: