Sunday, November 25, 2007

Macaroni Goreng

Pagi tadi hubby beli roti canai jer...nk tunggu ummi buat bila ek, malehnya nak bersila menguli tepung, lain kali ya..hehe..so rest pg leh mengemas rmh segala..for lunch, I've prepared this fried macaroni..senangkan..my kids pun suka lah sangatnya...leh makan sampai ke malam..

Bahan-bahan:-
1 paket (500 gm) macaroni
200 gm daging cincang (ummi guna daging fresh)
3 ketul frankfurter daging - potong kecil
3 sudu cili kisar/1/2 sudu kecil blackpepper
*(optional - sbb ummi nk pedas cikit hehe..tekak melayu)
4 ulas bawang putih - racik halus
1/2 labu bawang besar - dadu
1 cawan sos Prego (ummi guna Traditional recipe)
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - potong dadu
1 sudu kecil serbuk oregano
1 batang carrot - potong bulat nipis
200 gm bunga kobis
1 biji capsicum - potong baji
10 ulas cendawan butang
Garam

Cara Memasak:-
Rebus macaroni, tos dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, kacau hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Kacau sebentar, masukkan daging dan masak hingga empuk (20 min.). Masukkan sos prego, sos cili, sos tomato dan tomato dadu (kalau kering sangat tambah sedikit saja air). Masukkan frankfurter dan sayuran. Masak agak sayuran setengah layu dan letak garam. Kacau dan akhir sekali masukkan macaroni. Goreng dan apabila telah sebati, biar lembab sikit. Angkat dan hidang.

No comments: