Friday, November 16, 2007

Mee Lidi Hailam



Ni masakan terdesak malam semalam..x tau dah nak prepare apa..balik ofis pun dah lewat sangat.

Bahan-bahan:-
1 paket mee lidi - rebus dan toskan
1 labu bawang besar - dadu je
4 ulas bawang putih - racik halus
10 ekor udang basah
1 ekor sotong basah - potong bulat
1 keping isi ayam - potong kecil
1/2 batang carrot - potong halus memanjang 1"
1 biji cili merah - potong
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam (optional)
1 sudu besar tepung jagung + 1/4 cawan air
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sume sos dan serbuk lada hitam. Masukkan ayam, goreng sebentar, masukkan udang dan sotong. Masukkan sayuran, cili hidup, garam, air dan tepung jagung. Akhir sekali masukkan mee, kacau rata. Bolehlah dimakan panas-panas. Makan dengan lada jeruk pun sedap.

No comments: