Friday, November 9, 2007

Nasi 3 Warna Makan Dengan Ayam Masak Merah



Nih dinner Isnin lepas...Kadang-kadang balik keje tak tau nak masak apa, x sempat nak fikir kat ofis..Tgk dalam fridge ada ayam. So watlah ayam masak merah makan dengan nasi 3 warna/nasi hujan panas...hehe..Bantai aje lah! Wat acar timun mentah sempoi...
Ayam Masak Merah
Bahan:-
1/2 ekor ayam - goreng dahulu.
8 sudu cili kisar (lada dan bawang besar sekaligus)
2 ulas bawang putih - racik/tumbuk
2 inci halia - tumbuk
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 sudu gula merah
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili kisar. Masukkan halia. Biarkan hingga tumisan naik minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula merah dan garam secukup rasa (tak perlu banyak garam sebab ayam goreng tadi telah diisi garam). Masukkan ayam, balik-balikkan ayam biar mesra. Angkat dan hidang.

Nasi 3 warna:
3 cawan beras basthmati - cuci dan toskan.
3 cawan air
1 labu bawang besar )
2 ulas bawang putih ) kisar sekali
1 inci halia )
1 kiub ayam/stok ayam
daun pandan
garam
minyak
Pewarna hijau, merah dan kuning.
Kismis

Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan daun pandan. Masukkan beras. Bila nasi hampir masak, buat 3 lubang menggunakan hujung sudu. Letakkan 3 warna merah, hijau dan kuning berasingan. Biarkan nasi benar-benar masak. Gaulkan nasi tadi dengan kismis dan biar bercampur warna. Bolehlah dihidang.

No comments: