Wednesday, November 14, 2007

Nasi Goreng Berempah

Yang ni memang nasi goreng sempoii..masakan untuk ibu-ibu yang bekerja dan jarang cukup masa...hehe..dinner kelmarin..

Bahan-bahan:-
3 mangkuk nasi putih
15 ekor udang basah
1 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - racik halus
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan (optional - x isi pun xpa)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1 cawan mix vegetable (ni je yg ada dalam peti)
(campuran karot, kobis, capsicum pun bole..)
Garam
1/4 cawan minyak masak

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak layu. Masukkan serbuk lada hitam, rempah kari dan serbuk cili. Kacau-kacau dan masukkan udang, kicap cair dan sos ikan. Kemudian masukkan campuran sayur, kacau sebentar dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau dan masukkan garam. Goreng nasi hingga kelihatan ringan. (nasi meloncat-loncat..hehe..). Makan dengan potongan telur dadar, hirisan daun bawang dan cili hidup pun sedap.. Sempoii kan..

No comments: