Saturday, November 10, 2007

Nasi Impit dan Kuah Kacang Daging

Masa cuti Deepavali baru ni, duk rumah je..Pagi dah goreng spaghetti. So petang tu, ada member nak datang beraya ke rumah, ya lah kita still raya lagi kan...belum sebulan..hehe..Xtau nak masak apa, tengok kacang goreng lebih wat kuah kacang hari tu ada lagi...so terjadi lah menu kuah kacang ni. Nasi impit ummi beli yang jenama Nona dan rebus..Senang citer! Ni pun try resepi dari MR. Dah 2 kali buat..cuma ummi tukar ayam kepada daging. Resepi ni lain sikit rasa dia dari kuah kacang yang bese buat tu...Sedaaapp!!

Bahan-bahan:-
300 gm daging (potong kecil-kecil)
200 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa
3/4 cawan santan pekat

Bahan Tumis:
3 batang serai - ketuk
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/4 cawan minyak masak

Bahan Kisar: (goreng tanpa minyak dulu, baru kisar)
20 tangkai lada kering
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1 cm belacan (ummi x letak pun)
6 biji buah keras (xda dlm stok pun)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar

Cara Memasak:
Kacang tanah yang digoreng, dibuang kulit dan dikisar separuh halus dan separuh kasar). Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kemudian masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan daging, masak biar lama sikit. Masukkan asam jawa. Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika. Masukkan kaang yang dikisar tadi serta santan. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan serta kuah nampak kemerah-merahan dan berminyak. Siap untuk dihidang.

No comments: