Saturday, November 24, 2007

Sup Sayur Tauhu Jepun

Ni dah x tau nak wat sayur apa dah...teringat ada tauhu jepun, so ummi "sup"kan dia..hehe.. simple..jemu dah sayur rencah, udang, ayam, sotong segala....Tapi my kids kata sedap lak! hehe...

Bahan-bahan:-
3 paket tauhu jepun - potong 3 setiap 1
2 ulas bawang putih - tumbuk/ketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
20 gm kobis bulat/kobis pokok pun sedap..
2 sudu besar mix vege
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
Goreng tauhu jepun hingga kekuningan dan ketepikan. Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan air. Masukkan sos tiram dan lada sulah dan kacau sebati. Setelah menggelegak, masukkan tepung jagung dan telor, kacau perlahan. Kemudian masukkan sayur kobis dan mix vege, biar mendidih. Akhir seklai masukkan tauhu jepun dan garam. Seimbangkan rasa. Siap..!

No comments: