Monday, December 10, 2007

Blueberry Pancake - Must Try!!

Ummi rasa inilah resepi pancake yang paling sedap ummi penah try...betul!! X caya cubalah..resepi dari majalah saji ni...ummi buat sebelum pergi kerja pagi tadi..hujan-hujan n cuti ni my kids memang tidor semula lepas subuh..so, jadi brunch diaorang la!

Bahan A:
2 biji telor
1 1/2 cawan plain yogurt
3 sudu besar mentega - cairkan
(*ummi ganti dengan minyak zaitun, nk cepat hehe..)

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung ]
2 sudu kecil baking powder ] ayak bersama
1 sudu kecil soda bikarbonat]
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan C:
2 cawan blueberry (*ummi letak 1 1/2 cawan je)
2 sudu besar air
2 sudu besar jus lemon

Bahan D:
3/4 cawan gula

Cara Membuat:
Satukan bahan A dan kaca sebati. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Kemudian satukan bahan A dan B tadi. Satukan bahan C dan D, panas atas api perlahan, biar pekat sikit. Panaskan kuali dengan api perlahan dan oleskan dengan butter/minyak. Sendukkan 1/4 cawan adunan pancake ke dalam kuali. Letakkan beberapa sudu blueberry (4 atau 5 sudu kecil). Biarkan masak dan terbalikkan pula adunan. Bila kedua2 belah sudah kekuningan, angkat. Taburkan dengan gula icing di atasnya (optional).

No comments: