Sunday, December 16, 2007

Lemon Curd

Cuti-cuti ada rajin sikit lah nk try macam2, ni tengok kat blog cik Mat kita lah...nmpak senang je nak wat, so ummi try le..wat filling dengan Cara Mould Ball kat atas tu...Ummi copy resepi ni dari Mat (*Mat, minta ampunn ya, x larat dh nk menekan huruf2 ni..xpa ya). Time kasih Mat..

Bahan-Bahannya:-
3 biji telur gred A
2 biji lemon parut dulu kulitnya (bahagian kuning saja) dan perah jusnya.
130 gm gula halus
Secubit garam
3 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam dan jus lemon. Kacau dengan wisk sehingga semua semua hancur. Tapis adunan tadi dan masukkan dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan wisk hingga adunan menjadi pekat (kurang lebih 8 - 10 minit). Kemudian alihkan bekas berisi lemon curd tadi, masukkan parutan kulit lemon dan mentega. Gaul hingga semua rata dan sebati. Alih ke dalam bekas dan biar suam sedikit dan tutup bekas dengan plastic cling untuk mengelakkan lemon curd keras dibahagian permukaannya.

No comments: