Thursday, February 28, 2008

Kek Lapis Trio

Kek ni sebenarnya ummi buat malam kelmarin, tapi x sempat nk posting.. Resepi asal dari Mr Mat Gebu kita ialah kek marble trio, tapi dapat kat ummi, jadi lapis trio je, sebab ummi pusing dengan chopstick tu x berapa sangat..hehe..tapi rasa tetaplah sama..memang sedap...gebu n moist gituuuu..Tk lah Mat for sharing..

Bahan:-
300 gm mentega - suhu bilik
280 gm tepung halus* (*ummi guna superfine)
1 camca teh serbuk penaik *
1 camca besar susu tepung * (satukan bahan bertanda *, ayak)
5 biji telor gred A
250 gm gula kastor
1 camca besar ovallete
30 gm gliserin
20 gm air
1/2 camca teh esen vanila
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca eh chocolate emulco

Cara Membuat:-
Pukul mentega hingga kembang. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, satukan telor, gula dan ovallete. Pukul adunan hingga kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi (seperti adunan bauhulu). Perlahankan speed, masukkan adunan mentega dan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dengan chocolate emulco, satu lagi strawberry emulco dan satu lagi adunan kosong yang dicampur esen vanila. (*boleh juga tukar perisa kegemaran masing2). Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 in dengan mentega dan alas dengan keras minyak. Tuangkan adunan kek mengikut warna secara berselang seli. Bila sudah siap, ambil chopstick/sudu dan buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. (*jangan terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan). Bakar dalam oven dengan suhu 175 C selama 40 - 45 minit/hingga masak.

No comments: