Wednesday, February 13, 2008

Marbled Fresh Cherry Cake - Yochana


Ni resepi dari rakan blog jugak, x ingat lah pulak, Kak B rasanya...resepi asal guna blueberry, tapi ummi saja guna fresh cherry, blueberry pun ada...saja je...emmm sedap, buatpun x susah..nak rajin je..hehe..Meh tengok resepi asal dia ek.

Bahan:-
200 gm fresh blueberries (ummi ganti Australi fresh cherries)
20 gm gula pasir
2 biji telor
1/2 sudu kecil esen vanila
125 gm butter
170 gm tepung naik sendiri - ayak
125 gm gula kastor
2 sudu besar soft brown sugar (ummi x letak pun, dh cukup manis)

Cara Membuat:-
Campurkan 20 gm gula pasir dengan fresh blueberries dalam sauce pan dan kacau perlahan di atas api sederhana selama lebihkurang 2 - 3 minit hingga keluar air jusnya. Tutup api dan kacau sebentar perlahan-lahan, biarkan sejuk.

Dalam mangkuk, pukul telor dan masukkan esen vanila dan butter. Pukul sebati. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung bersama gula dan buat lubang di tengah, tuangkan adunan telor tadi dan kacau sebati perlahan-lahan. Keluarkan 3/4 atau 1 cawan adunan dan masukkan blueberries tadi, kacau agak rata, jangan lama. Lebihan adunan dibiarkan plain. Sediakan loyang bulat 8" atau 9" yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Sudukan adunan plain di tengah-tengah loyang, kemudian sudukan pula adunan yang mengandungi blueberries pula, dan buatlah berselang-seli hingga habis. Taburkan brown sugar tadi dan bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit/hingga masak. (depends on oven).

No comments: