Sunday, February 3, 2008

Rainbow Marble Pudding

Saja lah try resepi Maklang ni..tengok macam sedap je, selain nampak cantik gitu...my kids suka..agaknya dia tengok pelangi tu satu attraction kot..

Bahan:-
1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation (*ummi guna Ideal Nestle)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah dan kuning

Cara Memasak:-
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.

Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas, tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

5 comments:

MamaFaMi said...

Sebenarnya dah lama teringin nak try resipi ni, tapi till today, masih belum terlaksana... tiup sket semangat pudding tu kat mama... tiup sesikit je dah ler ye ummi...bukan apa, takut tempias.. ahaksss...gurau ja na!

Ummi said...

Mama, ummi pun lama gak perap resepi tu..baru ni dpt buat..ok le ummi tiup semangat pudding tu...tp tkut jadi pudding hujan panas lak, pelangi x timbul..hehe..ala mama, buat lah, senang jek tu..
Fuuuuhhhhh, hai mambang rajin kau terbang lah ke rumah mamafami tu..bangunkan diaa..dari mimpi yang x sudah2 hahahaha...(*ampuun mama, gurau gak dgn mama..)

MamaFaMi said...

Hishhhh berdiri bulu roma mama kena mandrem dengan ummi... gamaknya kenalah buat cepat.. kalau tak nanti mambang dok melekat tak mo balik balik... seram ler wei!

Ummi said...

Hehe..xpa mama, mandrem masak2 ustaz kata boleh..kuang kuang kuang..Mama, mambang tu g campak kat lauk ek, jgn nnt ada org lain lak tersampuk..susah nk buang tu..hehe

MamaFaMi said...

Hehehe....menjadi jampi serapah Ummi tu....dah buat dah pun! Ahaksss....Sodappppp