Monday, February 11, 2008

Spaghetti With Heinz Cream Of Tomato Soup

Semalam balik dari KL dah tengahmalam sampai Kuantan...letihnya lee...Hari ni pun cam malazz je nak berenyah masak, so buat yang senang dan ini my family's favourite..resepi berzaman dah ummi selalu buat, especially kalu open house tuk member2 ofis ummi x miss buat ni..tapi kali hari ni lambat sikit start masak, xdan dah buat bawang goreng, dh lewat sangat dah..hehe..Nak tau sedap ke x, try lah ek..

Bahan:-
500 gm spaghetti - rebus dan toskan.
500 gm daging lembu kisar
3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
4 cawan air
1 batang carrot - potong bulat
400 gm bunga kobis - potong kecil
1 biji green capsicum - dadu
1 tin cendawan butang - belah
(* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula (optional)
garam
sedikit minyak untuk tumis

Bahan sampingan:-
Salad - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun sup dan bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Telor rebus - belah 2
Bawang goreng

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).

Cara Hidangan :-
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!

No comments: