Saturday, March 22, 2008

Mixed Fruit Cake

Resepi oleh kak Liza tp cedok dari rumah Jun ni...dulu2 dah penah 2 ke 3 kali buat....my kids suka sebab resepinya lembab elok je...pastu sedap..hehe..thanx Jun..!!

Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 kotak mixed fruit
  • 1 cawan air masak
  • 3 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat * (diayak bersama)
  • 1/2 cawan jus oren dalam kotak/perahan dari 1 biji oren
Cara Memasak:-
Campurkan butter, susu, buah dan air masak dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga butter cair. Tutup api dan simpan dalam fridge semalaman. Keesokannya, keluarkan dan campurkan dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan jus oren. Gaul sebati. Tuang dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Bakar hingga masak pada suhu 180 C selama lebih kurang 40 - 45 minit.

No comments: