Monday, March 31, 2008

Sambal Sotong Kembang

Pagi semalam wat sambal ni makan dengan nasi lemak...emmm ummi beli yang dah siap direndam kembang..so jimat masa...leh terus masak.

Bahan:-
2 ekor sotong kembang - kerat kecil, basuh dan tos
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit belacan (optional)
4 sudu besar gula
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat (optional)
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis cili kering dan bawang putih, perlahankan api, kacau hingga cili naik minyak. Masukkan belacan, gula, kicap dan air asam jawa. Masukkan sotong, masak hingga lembut. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Biar agak pekat, tutup api.

No comments: