Monday, April 7, 2008

Kari Ikan Malabari

Resepi ni ummi jumpa kat Resepi.net, x igt dah sape punya..Tapi nak bagitau..kari ni memang terangkat, lain dari cara memasak kari yang bese tu, ikan diperap dulu beberap jam..tu pasallah agaknya, manyak sedap ooooo...!! Tapi ummi ada tambah bahan sikit untuk adjust dengan tekak ni ha..memang marvelous!! Try laa..

Bahan:-
500 gm ikan tenggiri, merah or salmon (*ummi guna ikan jemuduk)
1 biji bawang besar - cincang
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris halus
4 biji cili hijau - belah
2 tangkai daun kari
1/2 sudu teh biji sawi
2 sudu besar serbuk kari ikan (*ummi tambah ni)
santan
garam
2 sudu besar air asam jawa (*ni ummi tambah)
4 sudu makan minyak
1 cawan air (lebihkan jika perlu)
daun ketumbar - cincang (*ummi x letak pun)

Bahan Untuk Perap:-
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam masala (*ummi guna garam bese je)
2 sudu makan cili giling (*ummi letak 3 sudu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara Memerap Ikan:-
Ikan dibasuh bersih. Satukan bahan perap dan gaulkan rata-rata dengan ikan. Tutup bekas dan masukkan dalam fridge untuk beberapa jam.

Cara Memasak Kari:-
Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Kacau hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan ikan yang telah diperap tadi. Biarkan ikan kuning sedikit dan balikkan isi ikan berhati2. Masukkan sedikit air dan biarkan ikan masak sebentar. Masukkan santan, air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Kacau sesekali. Seimbangkan rasanya. Tutup api.

Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyakdengan api perlahan dan tumis biji sawi (hati2 takut meletup-letup). Kacau dan masukkan serbuk kari ikan serta cili hijau..Kacau biar naik bau. Tutup api dan tuangkan ke dalam periuk kari tadi. Gaul rata kuah kari. Hias dengan daun ketumbar ketika hidang.

No comments: