Thursday, April 10, 2008

Kuetiaw Goreng ala Hanieliza


Semalam rasa cam maleh je nak masak berat2...so ummi goreng kuetiaw je...resepi dari Hanieliza...tukar2 rasa lak ek..letak gmbar dulu yaa..bz sikit..
Bahan:-
500 gm kuetiaw
100 gm daging (*ummi guna udang & ayam)
1 ikat daun kucai dipotong 1 in
1 cawan taugeh
1 tauhu basah (goreng dan potong dadu)
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 biji telor (pukul sikit)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar air
sedikit minyak
garam (secukupnya)
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili mesin dan kicap. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut. Masukkan tahu, telor dan kuetiaw. Biarkan telor keras separuh masak baru digaulkan rata. Masukkan taugeh dan kucai, kacau sebentar dan tutup api. (*jangan terlalu kering, biar agak lembab)

No comments: