Thursday, May 8, 2008

Pajeri Bombay (Nenas Tumis Air)

Ni resepi cilok dari rumah Kak Liza wat makan dengan nasi udang nenas. Ummi wat half dari bahan asal ni..

Bahan:-
1 biji nenas (sederhana besar)
1 biji carrot kecil (hiris kecil)
2 sudu besar gula
3 biji cili merah (hiris serong)
2 biji cili hijau (hiris serong)
1/2 cawan air
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (mayang)

Cara Memasak:-
Nenas dikupas kulitnya, dibersih dan dibuang matanya, potong kecil2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi. Masukkan air, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan nenas, cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh dan rasakan garamnya. Tutup api dan hidangkan bersama nasi.

No comments: