Thursday, May 1, 2008

Singgang Daging

Sesekali masak daging camni buka selera jugak...makan nasi dan hirup kuahnya...emmm wat nasi banjir pun sedap...hehe...

Bahan:-
500 gm daging (hiris nipis)
3 keping asam gelugor
1 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk kasar)
sedikit cili api
garam
air secukupnya.

Bahan hiris:-
3 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-
Satukan daging yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kecuali cili api dan garam, masak daging hingga empuk. Tambahkan garam dan masukkan cili api.

No comments: