Thursday, May 22, 2008

Super Cheese Omelet With Chicken & Tomatoes


Ni saja je menambah lauk, resepi simple tap sedap, nak makan dengan nasi ke, roti pun ok! Resepi asal adalah dari Food Republic. Thanx Narien, sorry la akak dah adjust n tambah2 sikit bahan ikut apa yang ada kat dapur ni..best masuk dapur Narien ni..byk western food kegemaran seisi rumah..

Bahan:-
Beberapa batang sosej pilihan (ummi guna isi ayam dipotong halus)
Tomato - dipotong
2 biji telor
garam
serbuk lada hitam
extra virgin olive oil
parutan cheese (ni ummi saja tambah)

Cara Memasak:-
Potong sosej kepada 1 hingga 2 inci dan goreng dalam non-stick pan dengan tomato. Kacau2 dan bila sosej separuh masak, pecahkan telor dan tuangkan ke atas bahagian sekeliling sosej hingga menenggelami sosej. Biarkan masak atas api perlahan dan sosej bersama telor akan bercampur sekaligus. Letakkan garam dan serbuk lada hitam. Kemudian ummi letak parutan cheese dan tutup kuali, biarkan benar2 masak. Angkat perlahan dan hidangkan.

No comments: