Wednesday, July 9, 2008

Gulai Daging Bihir

Gulai daging ni bunyinya ala-ala Indonesia sikit kann..resepi dari majalah SEDAP...emm so simple, yet very nice....Ketika memasak bau daun kunyit naik satu rumah..lapor rasa..rsepi tidak menggunakan santan dan ringkas nih..bagus untuk orang diet..!! (*tak termasuk Ummi ek) :D
Bahan:-
300 gm daging lembu - potong kecil
1 helai daun kunyit - belah n simpul
1 keping asam gelugor
2 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula pasir
1/2 sduu teh serbuk lada sulah
1300 ml air
Bahan Kisar:-
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Cara Memasak:-
Rebus daging bersama bahan kisar dan biarkan mendidih dengan api perlahan hingga daging setengah empuk. Masukkan daun kunyit, asam gelugor dan lada sulah. Masak lagi dan masukkan daun kunyit sambil dikacau. Biarkan kuah atas api perlahan (reneh). Masukkan garam dan gula dan angkat bila daging telah benar2 empuk.

No comments: