Saturday, August 16, 2008

Daging Goreng Ketumbar

Lama rasanya x masak daging kat rumah ni..memang budak2 x berapa suka kalu masak berkari ke berlemak ke, kecuali daging dendeng..kadang2 xtau nk masak apa..tapi kalu goreng2 kunyit biasalah..kali ni try resepi ni pulak. Ceduk dari koleksi resepi Wan Nor ni.
Bahan:-
250 gm daging batang pinang
1 sudu besar minyak jagung
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk kasar
sedikit daun ketumbar (*ummi xda ni, letak daun kunyit lak)

Cara Memasak:-
Potong daging nipis-nipis dan rebus hingga lembut. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Sejatkan daging dan goreng dengan bawang putih hingga garing. Taburkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk ketumbar. Kacau rata, masukkan daun ketumbar dan angkat.

No comments: