Thursday, August 7, 2008

Fried Squid with Pineapple (Muc Xao Thom)

Sebenarnya Ummi ni bz lately..ke hulu ke hilir pergi kedai mencari barang persiapan untuk pertunangan adik perempuan hujung minggu ni.. Esok petang nak balik kampung lagi..minggu lepas dah balik kenduri cousin. Ni yang sempat Ummi masak semalam.
Resepi dari AllRecipes ni. X tau la nama lain tu bahasa apa laa..Cina ke, Korea ke, Jepun ke, Thailand ke..heheh..janji fast and ez dan Ummi adjust dgn apa yg ada dlm fridge..
Bahan:-
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - dadu
500 gm sotong - bersihkan dan potong bulat 1/2 inci
1/2 biji nenas segar - kupas dan potong kecil
4 batang seleri - potong 2 inci (*ummi xda stok ni - letak daun bawang)
4 sudu makan sos ikan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada hitam - dikisar

Cara Memasak:-
Dalam kuali panaskan minyak dengan api sederhana dan tumiskan bawang putih hingga berwarna kekuningan. Masukkan bawang besar dan kacau 1 minit. Masukkan sotong dan masak hingga sekadar bertukar warna putih (do not overcook). Masukkan nenas, seleri, sos ikan, gula dan lada hitam. Kacau 2 minit. Angkat.

No comments: