Wednesday, August 13, 2008

Gulai Kurma Ayam

Ummi buat gulai ni sebab lama sgt rasanya x makan gulai kurma ni..lagi pun dah masak nasi berempah tu kan..kira "panas" sikit..xleh le lauk pun pedas, kang xda orang nk makan..Ummi masak cara Ummi la ni ya...
Bahan:-
1/2 kilo ayam potong sederhana besar
1 paket rempah kurma Adabi (*) bancuh bersama
1 1/2 cawan santan pekat (*)
2 cawan santan cair
3 biji kentang - kupas, belah dan potong 6
2 biji cili hijau - belah 2
1 biji cili merah - belah 2
1 labu bawang besar - belah 4 or 6
2 sudu besar kerisik (optional)
garam
Bahan Tumis:-
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah - tumbuk/kisar
2 biji bawang putih - tumbuk/kisar
1 inci halia - tumbuk/kisar
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Kacau hingga naik bau. Masukkan santan pekat bersama rempah..perlahankan api dan masak rempah sambil dikacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kerisik, gaul rata dan guna api sederhana. Masukkan kentang. Masak lebihkurang 10 minit sambil dikacau balik sesekali. Masukkan santan cair dan kemudian letak garam. Biarkan kuah mendidih, seimbangkan rasa. Perlahankan api dan masukkan bawang dan cili. Tutup api.

No comments: