Tuesday, August 26, 2008

Meat Potato Puff



Hari tu tengok Cik Mat buat puff rasa cam terliur lak..Pastu g la cari pastry puff ni kat Cold Storage..nasib baik ada. Tapi Ummi buat inti daging dengan kentang..Aiman dengan Abang Long suka sangat!
Bahan:-
1 paket pastry puff jenama "Kawan"
250 gm kentang - potong dadu
2 labu bawang besar - potong dadu
2 sudu besar udang kering - tumbuk
1 1/2 sudu besar rempah kari
2 tangkai daun kari
250 ml air - untuk rebus
sedikit garam

Cara:-

Kentang di potong dadu dan rebus dengan daging hingga benar2 empuk. Masukkan rempah kari, daunkari, udang kering dan sedikit garam Gaul sebati. Masak dengan menggunakan api kecil. Tambah air jika perlu. Kacau hingga kering. Sejukkan untuk dibuat inti.

Ambil pastry puff dan kerat 2 secara tiga segi. Satu bahagian dikelar dan satu bahagian lagi dibiarkan asal. Letakkan inti di atas bahagian asal dan tutup dengan bahagian yang dikelar. Tekan tepi pastry dengan menggunakan garfu. Letakkan dalam dulang yang telah digriskan dengan mentega. Buat sehingga habis. Sapu dengan kuning telor dibahagian atas pastry. Bakar pada suhu 180 deg celcius selama 25 minit/hingga kuning keemasan.

4 comments:

Suzi said...

salam kak ummi...terliur tengok akak punya puff ni saya buatlah pagi tadi...tukar kari dgn kurma coz anak2 tak thn pedas....yummm

sakurasa 2 said...

yummm..yummm...bulan puasa nanti xleh selalu singgah sini takut batal puasa he he he, Ummi jemput ke blog sakura ada award istimewa untuk Ummi.

Anonymous said...

ummi..

suke tgk umah ummi ni.hari2 menu sedap.thanx for sharing the recipes ye.nak tanye ngan ummi, kenapa every time saya buat puff, bwh puff pastry tu mesti mcm tak masak sedang kan atas dia dah rangup elok.nak kata inti terlalu basah tak jugak. or maybe saya terlebih gris dulang bakar ke yg membuatkan dia tak masak?thanx ummi.

che ju said...

ummi, nak tanya kat mana nak cari puf jenama Kawan ni?