Monday, August 4, 2008

Pasta Sauce Wif Meatball

Hari ni Ummi cuti sebenarnya, nk melangsaikan laundry yang berlambak tu...Ummi sorang je tinggal, so prepare ni jelah..Aiman balik sekolah pun hentam ni jugak...lama x makan kot..Lagi pun kan, sakit hati betul tengok air kat rumah ni...dalam 2 minggu ni, slow giler!!! Menciii..Nak kena masak yang simple2 je laa..lambat jadinya kerja memasak di dapur...Ni masak ikut apa yang ada di dapur je lah..x pergi kedai lagi masa masak ni tadi.

Bahan:-
200 gm spaghetti/Pasta secukupnya..rebus dan toskan
5 sudu makan sos spaghetti
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
10 biji meatball
1/2 biji capsicum - dadu
1 biji bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
2 biji tomato - dadu
2 sudu besar pes tomato n basil
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
garam

Cara-Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan pes tomato n basil, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, oregano dan kacau sebentar. Masukkan meatball. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan tuang atas spaghetti/pasta.

No comments: