Monday, August 4, 2008

Serikaya

Sebelum bercuti balik kampung ari tu, sempat jugak malam tu buat serikaya ni sebab ada lebih santan..sayang nak buang..jadi Ummi buatlah serikaya ni dan bawak balik kampung bagi emak separuh...Resepi cedok dari dapur Cik Bawang ni...sedap pulak makan dengan roti benggali kat kampung..heheh..Ummi yang bawak balik, Ummi pun sental jugak ramai2 dengan adik2 wat minum petang..hehe
Bahan:-
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500 gm santan pekat
5 biji kuning telor
2 camca besar tepung kastad (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan

Cara-Cara:-
Campurkan gula dan air dalam kuali dan masak adikan gula hangus. Bila gula dah kekuningan, masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga gula larut. Biarkan sejuk betul-betul. Bila santan dan gula tadi telah sejuk, masukkan kuning telor, tepung kastad dan daun pandan. Kacau di atas api sederhana hingga mendidih sahaja, jgn hingga likat. Tutup api. (Bila sejuk, kaya ini akan pekat sendiri).

2 comments:

VG said...

Ini VG mesti kena try. Kempunan nak makan kaya. Kaya yang jual longgok tak sedap and tak serupa dengan kaya yang di jual oleh pak benggali jual roti. Ummi, can I use tinned coconut? If yes, how many tins do you reckon????

Anonymous said...

Hai VG, emm i think this one is nice..my dotter n family really like it! Do you mean that tinned coconut is liquid or is it powder? Rasanya xda masalah if u can substitute to santan pekat dengan sukatan yg sama. Do you get me??