Tuesday, August 12, 2008

Telor Bersos Tiram


Ni paling sempoi dinner kelmarin..balik rumah dah lewat...anak Ummi dah lapar sangat pulak...telor camni memang diaorang suka..

Bahan:-
3 biji telor - goreng mata kerbau
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1/4 biji capsicum hijau - dadu
1/4 biji capsicum merah - dadu
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil worcester sauce
1 sudu besar kicap cair
1/4 cawan air
1 sudu besar gula
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan semua sos dan kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan capsicum, garam dan gula. Kacau dan seimbangkan rasa. Masukkan telor, balik-balikkan sebentar. Tutup api.

No comments: