Wednesday, September 24, 2008

Ayam Asam Pedas Tanjung Bidara

Sumber Resepi : Mesra.net Resepi...Best!!
Bahan A:-
1 ekor ayam (buang kulit dan bersihkan)
2 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
1 cawan air untuk kuah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan B:- (kisar halus)
10 bij bawang merah
5 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia muda
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
belacan

Cara Memasak:-

Tumis bahan2 kisar sehingga naik minyak dan masukkan air dan air asam jawa. Apabila mendidih dan kuah agak pekat masukkan ayam, garam dan gula. Kacau dan masukkan daun limau purut. Biarkan ayam masak dan kuah agak pekat. Angkat.

No comments: