Wednesday, September 10, 2008

Balado Ikan Indo Style

Ni menu lauk untuk makan nasi berbuka semalam...Ummi ceduk dari dapur Pepy geng blog dari seberang nih..lain sikit masakan berladanya dan Ummi dah adjust sikit...Actually, ikan yang digunakan ialah tenggiri, tp ummi tukar ikan selar, tu je yg ada dlm fridge, sedap bau daun limau purut...Thanx Pepy!!

Bahan:-
2 keping ikan tenggiri/mackerel (*ummi guna ikan selar)
2 helai daun limau purut
2 batang serai - diketuk
minyak masak
4 sudu besar cili kisar
2 cm halia - parut/tumbuk
2 cm kunyit hidup - tumbuk
2 cm lengkuas - tumbuk
jus limau
8 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar

Cara Memasak:-
Gaul ikan dengan garam dan jus limau dan biarkan 15 minit. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana, goreng ikan hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan 3 sudu besar minyak tadi. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, daun limau purut, serai, kunyit, halia dan lengkuas. Masak cili hingga naik minyak. Perlahankan api dan tambah jus limau, kacau rata dan masukkan ikan goreng tadi dan kacau cili dan ikan agar bersalut. Tutup api dan angkat ikan.

1 comment:

MyLilBundle said...

ummi..
sedap2nyerrr lauk..
esp ikan ni kalau belada2 ni mmg fav :P