Tuesday, September 2, 2008

Kari Tulang Lembu

Emm dah puas makan daging, meh kita makan tulang pulak..bila lagi nk test gigi tu kuat ke x gigit tulang..hehe..Kari tulang ni Ummi masak malam nak mula puasa kelmarin...lama x makan kari tulang ni..kalu wat sup anak2 xtau nak makan camtu jek! Malam tu kitaorg makan dengan roti naan segera jek...nanti sahur baru makan nasi ek..emm laju je masing-masing melayan tekak..hehe

Bahan:-
10 ketul tulang lembu - dipotong sederhana besar
6 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 cm kulit kayu manis (*)
2 kuntum bunga lawang (*)
3 kuntum cengkih (*)
3 biji buah pelaga (*)
4 cawan santan
sedikit air
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bahan 4 sekawan bertanda (*) dan kacau sebentar. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan cili kisar, kacau-kacau sebentar. Masukkan tulang lembu dan sedikit air, gaul rata. Masak dengan api perlahan hingga daging2 pada tulang kelihatan telah benar-benar empuk. (tambah sedikit lagi air jika perlu). Masukkan air asam jawa dan garam. Biar lagi sebentar dan air kurang sikit. Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih. Seimbangkan rasa dan tutup api.

No comments: