Tuesday, September 2, 2008

Kuih Lopes

Semalam cuti, sempatlah Ummi sediakan juadah pemanis mulut ni untuk family. Kalu nak tau, ni memang kesukaan family bila bulan puasa, mesti buat pnya!...Actly, semalam bz jugak pagi keluar cari keperluan anak2 dara Ummi ni...Dulu-dulu kalu Ummi buat kuih ni mesti guna daun pisang. Masak pulut separuh masak, then letak dalam daun pisang, gulung dan ikat kedua2 hujung daun. Rebus pulak..sejukkan, baru potong dan golek dalam kelapa muda. Ni xda daun pisang, ikut cara kak Hanieliza nih...senang dan sedap jugak!
Bahan:-
2 cawan beras pulut (basuh dan rendamkan) - ummi rendam 3 jam
2 cawan santan
sedikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa muda parut (gaul bersama sedikit garam)
Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan kecuali kelapa parut, ke dalam loyang dan kukus hingga masak (lebihkurang 30 minit). Bila masak, sejukkan sebentar. Keluarkan pulut tadi dan masukkan ke dalam acuan tudung botol yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekan kuat sikit agar pulut mampat dan kemas. Keluarkan (dengan menarik plastik alas tadi) atas kelapa parut, ratakan dan letak dalam pinggan hidangan. Hidangkan bersama air gula merah.

2 comments:

hana said...

k.ummi! dh buat kuih lopes nih...sedap giloss! hbku terangkat abis! hehehehe...tQ k.ummi! mmuaahh!

Anonymous said...

Hana - dah jenguk tadi, igt ada lgi..licin dah ek..hehe! Thanx for trying..! Resepi kak Hanie sume sedap-sedap kan!