Wednesday, November 19, 2008

Ikan Masak Benggali

Asalnya hari tu ada jalan2 dapur Bro Rozzan, tengok gulai ikan ni terujanya nak rasa..macamana la agaknya...Pastu tengok Mat Gebu pun buat dah..ni turn Ummi pulak! Sedap, nak kata asam pedas bukan, nak kata kari lagi la bukan..hehe..Terima kasih keduanya!
Bahan:-
1 ekor ikan kerisi (*ummi guna ikan merah)
2 - 3 biji bawang besar (dihiris untuk tumis)
Bahan Kisar:-
2 sudu besar cili kisar/cili boh
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar (penuh) lada hitam
1 sudu teh (penuh) jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit
air asam jawa secukupnya
3-4 cawan air
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (jika suka)
1 ikat daun ketumbar
2biji tomato (belah 2 atau 4)
sayur bendi atau terung
2 - 3 senduk minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar hingga separuh layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik minyak/garing. Masukkan sedikit air jika perlu, lalu masukkan pula daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar (1-2 minit). Seterusnya masukkan air (3-4 cawan), ikan dan juga sayur bendi. Biarkan sebentar dan masukkan air asam dan garam. Seimbangkan rasa tapi jangan terlalu masam. Akhir sekali masukkan buah tomato, kacau sebentar dan dimatikan api.

No comments: