Sunday, November 9, 2008

Otak-Otak Kukus

Kelmarin beli 4 keping ikan tenggiri besar jugak laa kat pasar malam..woii mahaiiinya 4 keping rm20.00..?? ish ish..jalan2 kat rumah Mat Gebu, jumpa lak resepi ni...ahaa..try lee...sedaaapppp wat minum petang pun ok! Thank Mat!
Bahan Utama:-
200 gm isi ikan tenggiri
80 gm telor ikan tenggiri (ummi x letakpun)
2 helai daun limau purut - diracik halus
1 helai daun kunyit - diracik halus
50 ml pati santan
daun isang (ummi guna kertas foil je)
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 biji cili merah (atau 6 ulas cili padi)
1 camca teh serbuk kunyit (ummi tumbuk kunyit hidup)
1 - 2 sudu makan tepung ubi

Cara Membuat:-
Masukkan isi ikan, telor ikan dan bahan2 kisar dalam food processor, kisar hingga semua sebati dan mesra. Masukkan pati santan, garam dan gula secukup rasa. Teruskan mengisar lagi 1 - 2 minit agar semua sebati. Keluarkan dan letak dalam satu bekas. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata. Ambil sekeping daun pisang, buat bentuk silinder, ikat bahagian bawahnya dan isi dengan adunan otak-otak tadi hingga 3/4 penuh. Ikat hujungnya dan buat sampai siap. Boleh juga dibungkus macam lepat pisang..(*ummi buat lepat foil laa..hehe). Kukus atas air mendidih selama 40 minit. Sejukkan sebelum dipotong untuk hindangan. Boleh juga dipanggang atas api bara hingga masak..
(Nota: Ummi kukus 30 minit dan panggang dalam oven dengan api atas bawah 10 minit.)

No comments: