Tuesday, January 6, 2009

Ayam Goreng Berempah

Ahad baru ni Ummi masak nasi lemak banyak, sampai boleh makan ke malam pulak..hehe..Lepas buat sambal semua, tengok ada ayam dalam fridge..apa kata goreng ayam tu..emm nak yang rasa rempah2 sikit...baru igt ada nampak kat dapur Che'Iza hari tu..layaannn..Thanks Che'Iza eh! Senang lagipun..hehe
Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam

Bahan Ditumbuk:-

  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • sedikit garam dan perasa

Cara Memasak:-

  1. Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan. Keringkan airnya.
  2. Gaul semua bahan tumbuk dengan ayam tadi.
  3. Perapkan selama 30 minit.
  4. Goreng hingga kekuningan.


No comments: