Saturday, January 31, 2009

Kentang Goreng Bertelor

Hari ni memang masak yang simple sungguh...nak yang cepat, simple dan pastinya sedap..dan seharusnya liciinnnn...hehe...Resepi dari Diana ni memang x menghampakan..thanks D.

Bahan:-
  • 6 biji kentang, kupas kulit dan potong wedges
  • 4 biji bawang besar - dihiris bulat (ummi letak 3 biji jek)
  • 3 biji telor
  • 3 sudu makan serbuk lada putih (ummi letak 2 1/2 sudu je)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang yang dipotong wedges sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu dan bangkit baunya.
  3. Masukkan garam , serbuk lada putih dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Pecahkan telor dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan kentang dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan.

No comments: