Sunday, January 18, 2009

Kuih Lapis Pelangi

Biasalah bila cuti-cuti ni adalah masa sikit nak try lebih sikit resepi, especially kuih-kuih kaann...Satu lagi resepi dari buku Kak Hanieliza...eemmm sedapnya tekak dapat kuih lapis kukus camni...memang favourite Ummi la ni..hehe..Ni je lah baki yang tinggal, x sempat nak snap gambar dah kena serbu dulu kuih ni..hehe
Bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu (ummi xda ungu, tukar biru ngeee..)
Cara Menyediakan:-
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)

(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

6 comments:

Anonymous said...

salam.....sedap nya ni..

Anonymous said...

wow..sedapnya.bila la Sally nk start buat kuih-muih ni..ms peknen 2nd baby, mmg rajin buat.skrg ni hampess la hehe..even mak Sally tu pakar kuih-muih tp anaknya (Sally) xreti lgsung hahaha..
ps:nnt lepas ry cina Sally anto bj Najiha ekk..maaf sesgt..

sakurasa 2 said...

kuih ni secantik pelangi pasti sedapppp

ina said...

salam kak ummi.....

kakak saya yg no 3 memang buat jualan kuih lapis ni...tapi warna yg biasa tu je merah + putih..

dia ajar saya lapisan terakhir tu kukus sampai permukaan dia menggerutu, tu tandanya kuih tu betul2 masak...

Jen Jen Areff said...

zai suka tgk blog akak.. so nice.. i like cooking & trying....

zura said...

erm..sdap tgk kuih lapis yg akak wat ni..zura nk cuba wat kuih ni sbb ank zura suke sgt kuih ni..:)