Friday, February 27, 2009

Akak Nak Bercuti Kejap Eh... (*_*)

Haiii...Akak nak balik kampung dah lepas solat Jumaat ni...hehe..Ya lah sempena kenduri kahwin adik perempuan akak pada hari Ahad ni (1 Mac). Sebenarnya dari semalam lagi akak dah cuti menguruskan beberapa hal yang berkaitan. Petang semalam pulak start projek baking muffin pandan blueberi tu sebagai salah satu yang akan dimasukkan ke dalam beg untuk group marhaban...sikit jek..x sampai 100 biji pun...tapi sebiji muffin pun dah besar gedebak...mesti kenyang kalu pekena sebiji tu..! Bersengkang mata lak Ummi, hb dan Najiha duk bungkus satu-satu muffin tu malam tadi...
Dan pagi ni pulak akak bz duk buat 2 "tipuware" (bkn tupperware la tu..) rainbow pudding dan 3 loyang kuih bakar tuh...Saja la bawak balik untuk orang makan-makan sambil wat keje petang ni..Mak cakap lepas asar nnt dah mula acara membuat kerisek..biasalah orang kampung kan, nak buat sendiri ramai-ramai..Kalu ikut Ummi nak beli je kerisek yang melambak kat pasar besar tu..tp mak kata kang orang datang xda nak buat apa pulak...Pulak dah!! Bagus la kalau xda nak buat apa kan, kan?? Hehe..Ya lah adat orang kampung berkenduri, gitu laa..Padahal, kenduri xdalah besar mana pun, sebab orang kampung dah x ramai mana sangat, tp nak jugak bergotong royong segala kan...Esok pulak acara mendirikan khemah dan mengupas bahan masakan dan petangnya salah seekor lembu yang abah Ummi ternak selama ni (rasanya ada 15 or 18 ekor kalu x silap) akan disembelih. So, dari petang ke malam tu acara melapah daging dan memasak rempah la kan..
Okay lah..kain baju baru je packing...so, tinggal dulu la u all eh..Kalu selongkar dapur akak ni pandai-pandai la kemas balik eh..kang bersepah segala, akak balik tengok Cik Iti n Cik Pas lak menjamu selera..hehe..
Eh lupa, Ummi jemputlah jugak sesiapa yang lapang dan sudi untuk bertandang ke majlis kahwin adik Ummi ni di rumah my parents di E-28, Felda Kampung Awah, Temerloh...

Thursday, February 26, 2009

Ayam Sosha Istimewa

Lama dah Ummi perap resepi ayam ni...hampir lupa nak buat. Kelmarin selak pnya selak menu, baru jumpa semula. Meh makan nasi kuning dengan ayam sosha istimewa ni..memang sedap...Resepi ceduk dari dapur Noreen dan nk kopipes je resepi ni...Mintak izin ya Noreen and thanks for sharing sebab memang sedap gilooosss...Cara masak dan bahannya boleh agak dah sedap ni...Memang cerewet sikit nak kena buat bawang goreng, goreng kismis dan gajus dulu...Bersilat habis Ummi balik keje semalam buat ni..ambil masa lama sikit laa nak masak, nak masuk mulut cepat jek!


Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam - buang kulit dan segala lemaknya dan potong 12, lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng lembab 1/2 masak
  • 1/2 jari kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntuk bunga cengkih
  • 3 sudu makan lada kering kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan tomato sos
  • 1/2 cawan hirisan daun pudina (*ummi xda stok daun ni)
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • sedikit madu atau gula pasir
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1 biji buah tomato - dihiris untuk hiasan
  • 1/2 kg bawang kecil - dijadikan bawang goreng
  • 1/2 cawan kismis - digoreng dan diketepikan
  • 1/2 cawan gajus - digoreng dan diketepikan
  • sedikit kacang peas, hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk tabur
  • sedikit minyak dan garam
Bahan2 kisar:-
  • 1/2 jari halia5
  • biji bawang putih
  • 10 biji bawang merah
Cara-Cara:-
  1. panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
  2. masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik
  3. setelah itu masukkan pula bahan2 kisar dan tumis hingga garing
  4. barulah dimasukkan serbuk kunyit
  5. kacau rata sehingga cantik warnanya. barulah dimasukkan tomato puree dan tomato sos, balik2kan
  6. masukkan pula 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar - tinggalkan sedikit untuk tabur
  7. tuang sedikit air. masukkan juga buah tomato yang dibelah 4, gula/madu dan sedikit garam. masaklah sehingga pekat. bila agak pekat tuang sedikit air
  8. masukkan kismis goreng, gaul rata. masukkan pula bawang goreng
  9. gaul sehingga rata. barulah dimasukkan ayam goreng. gaul supaya ayam dan rempah bergaul rata
  10. biarkan mendidih sehingga ayamnya empuk dan lembut. masak lama sedikit, supaya rempahnya meresap. bila ayamnya sudah masak barulah dimasukkan gajus goreng
  11. gaul sampai rata. semasa menghidang, tabur hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas12.

Nota: Enak disajikan dengan nasi minyak ataupun nasi beriani. sebaik2nya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari.

Nasi Kuning Aroma

Resepi dari Kak Fida kat MYR tu..sedap nasi ni..ala-ala nasi lemak tetapi aromanya yang buat perut terasa lapar. Campuran serai, daun pandan dan daun salam tu yang membangkitkan aroma nasi ni..Ummi masak half je dari resepi tu dan makan dengan ayam sosha istimewa kat atas tu..Thanks kak Fida, Ummi mintak izin kopipes je ya..
Bahan:-
  • 1 kilo beras basmathi - cuci,rendam 15 min dan toskan
  • 1.5 ltr santan - drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 jari halia - diketuk
  • 1 1/2 s/b jus limau kasturi/lemon/nipis
  • 1 s/b garam
  • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau 2 s/k kunyit serbuk

Cara-cara:-

  1. Didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
    **Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak.Sekiranya tk ingin nasi berkerak,apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
    **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.

Super Duper Chef Award From VG


Ooppss..Super Duper Chef Award, am I?? Vin, I'm so touched with these awards...So nice of you. For my family and my small kitchen..yesss!!!! Telling you, I always try to be a good mom and best wife to my husband...! Well, whatever and wherever, no matter how, I wish I could be a Super Duper one. Thank you so much dear...May our friendship always be blessed...Love you!!
However, I'm not able to list down the names to pass the award....So, I would like to extend these beautiful n nice awards to those out there who might also a Super Duper Chef at least in your small kitchen, right?? Please feel honoured to take these awards and hang it in your blog.

Award Dari Mimi (Chik Mi)


Ummi dapat award ni dari Mimi. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga dari akak atas kesudian Mimi menghulurkan award ni..Akak pun x tau tang mana specialnya akak or blog akak nih..hehe...anyway, akak jugak nk ucap terima kasih juga pada Mimi sebab sudi berkawan dengan akak ni..Thanks a lot Mimi...Muaaahhh!

Tuesday, February 24, 2009

Chocolate Mint Cake

Ni pun satu lagi kek yang Ummi bakar untuk bawak balik kampung baru-baru ni..Mula-mula tu pelik juga baca cara-cara menyediakan kek bila mentega tu kena pukul sekali dengan tepung..x penah lagi la Ummi ni buat kek biasa camni, pukul mentega dengan tepung..selalunya kek gulung or swiss roll gitu..Dua tiga kali gak duk baca dan rasa ragu-ragu jek. Lastly, pukul jugak laa...Waaahh...bila siap je dan potong kek ni memang sangat lembut, sedikit moist dan gebuuuuu...Suppose to serve with Honey Choc Fudge, but this time around I simply baked the cake only..maybe next time I should try out the topping..Kena buat lagi ni, x puas makan ramai2 hehe...memang sedap kek ni!! Resepi asal oleh Halimah Anang, tp Ummi ceduk kat dapur Maklang Azie tu..Thanks Maklang!

Bahan:- (loyang bulat 8 inci)

  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 230 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)
  • 3 gm esen vanila (1 sudu teh)
  • 30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste)
  • 50 gm susu segar
  • beberapa titis pewarna hijau
  • beberapa titis esen peppermint
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).
  2. Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
  3. Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
  5. Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
  6. Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
  8. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  9. Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.
Bahan Topping Honey Choc Fudge:-
  • 150 gm coklat masakan
  • 30 gm fresh cream
  • 30 gm mentega
  • 15 gm madu (2 sudu besar)

Cara Menyediakan:-

  1. Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.
  2. Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.

Award Dari Farah (MommyOtai)


See, what a lovely awards I got...Thank you so much to Farah (Mommyotai). Really admire these...Akak mintak maaflah sebab lewat ambik award ni ya Farah...mula-mula tadi tercari dan terfikir jugak ada seorang yang pass award nih...Nasib baik jumpa punca..hehee...Lain kali bagi lagi yaa..muaaahhhh!!!

Apam Pisang Coklat

Resepi asal dari Kak Liza tapi Ummi ceduk dari dapur Maklang Azie. Proses asalnya pulak kukus tapi Ummi derhaka bakar jek, sebab malas nak keluarkan perkakasan kukus, jadilah ala muffin gitu..hehe..still jugak sedap dan lembab.. Agaknya kalau kukus mesti lagi gebu dan lebih lembab. . Ni kira "runaway project" la kot, untuk bawak balik ke kampung Sabtu baru ni..Thanks to kak Liza atas resepi yang sedap nih..
Bahan A (Diayak):-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko (*ummi letak 3 sudu bsr)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam

Bahan B:-

  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek (*ummi guna pisang emas)
  • 1 cawan minyak (*ummi guna canola oil)
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telor (dipukul sedikit dgn garfu)
Cara Membuat:-
  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Masukkan pula bahan B dan gaul sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil/loyang. (*ummi letak lebih dari 3/4 paras muffin cup tu, so dia naik cantik bila bakar :D)
  4. Kukus selama 30 minit/hingga masak - Ummi bakar pada suhu 180C selama 13 minit.

Saturday, February 21, 2009

Roti Jala Berinti Sardin

Okay lah Ummi nak balik kampung japgi...ni sempat lah masukkan entry brunch Ummi hari ni..lama x buat roti jala...tapi kali ni untuk senang ngap, kita terus gulung dengan inti sekali..Terpulanglah nak letak inti daging ke, ikan bilis ke, telor pun boleh. Ummi just letak inti sardin...My kids semua suka...senang nak makan xyah nak banyak2 keluar piring segala kan..hehe...Lepas buat roti jala ni Ummi bz wat mufin n kek nak bawak balik kampung. Roti jalan ni pun Ummi wat 2 adunan untuk bawak balik kampung gak..adeh berpeluh duk menjala..dapat serkap ikan sardin je dalam jala nih..hehee...Jamu mata ya..bubaiiii...
Untuk roti jala boleh rujuk di sini dan sini ya..Dua-dua pun jadi jala..ekeke..Sardin tu pun boleh masak ikut style masing-masing la ya..boleh jugak tambah kentang ke...Ummi ni nak simple jek..hehe..Ni pun dekat 2 jam berdiri menjala kuih...simple ke tuh? :D
Bahan Inti:-
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan.

Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.

Bawal Tiga Rasa CMG

Lauk tengahari semalam ni...biasalah hari Jumaat lunch break lama sikit, cam biasa la balik rumah sempat masak lauk untuk tengahari terus ke malam laa...hehe. Resepi dari Mat yang terkenal dengan ketangkasan dan kesenian mempersembahkan hasil masakan dan buat Ummi terliur nak try masak tiga rasa ala Mat ni...cuma Ummi adjust sikit je n campak sayuran yang ada dalam stok jek!
Bahan Utama:-
  • 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (*ummi guna bawal putih tu je)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
  • 4 batang putik jagung - hiris serong
  • 1/4 ketul bunga kobis - potong kecil (*xda ni)
  • 1 batang lada merah - hiris kasar
  • 1 batang seleri - hiris serong
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 camca besar gula

Bahan Tumis:-

  • 1 biji bawang besar - potong berbaji
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-

  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar kicap cair
Cara Memasak:-
  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  3. Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
  5. Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
  6. Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.
  7. Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
  8. Angkat dan hias dengan daun salad sebelum dihidangkan.

Friday, February 20, 2009

Donut Pesona

Malam tadi ada sikit rajin la nak menguli donut lak...Terserempak dengan donut ni kat rumah Dr. Inahar tu..so terpesona la pulak...Resepi asal dari Donut@MyResipi tu..Memang lembut dan gebuuss...paling suka masa perap tu pun sekejap je naik macam tempoh mention kat step tu lah! Jadi cepat naik, cepat siap, cepat lah Ummi boleh tidur..hehe..Biar adunan terlembut sikit, jangan terkeras, dan adjust tepung masa menguli..mesti gebuuuss pnya...Aiman bawak bekal pagi tadi n Ummi n hubby pun makan 2 ketul sorang gak laa sebelum g ofis...Meh kita uli donut..Inahar, akak mintak izin C&P jelah kat cara membuat tu ya..x kuasa dah nak taip..hehe
Bahan:- (20 biji saiz sederhana)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula halus
  • 11 gm (1 paket) yis mauripan
  • 2 sudu besar air suam
  • 3/4 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telor
  • 3 sudu besar marjerin (suhu bilik)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 titik esen vanila (ummi x letak pun)
  • 1 titik esen ros (x letak jugak)
  • 1 1/4 sudu teh pelembut Bio Bostan (*ummi guna bread softner jek)
Cara Membuat:-
  1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
  3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
  4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
  5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda).
  6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
  8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat.
  9. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

Sotong & Udang Goreng Paprik

Lauk malam tadi sebenarnya nih...Resepi dari dapur Maklang Kerteh sana. Memang nak menghabiskan saki-baki udang dan sotong serba sikit tu...
Bahan:-
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong dipotong bulat
  • 4 batang kacang panjang - dipotong sepanjang 1 inci
  • bunga kobis (*ummi xda ni)
  • 1 batang carrot - hiris bulat berbunga
  • 1 labu bawang besar - dipotong memanjang
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji lada merah - dihiris
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 3 cm halia - dihiris halus
  • 3 batang serai - dihiris nipis dan menyerong
  • 2 s/b sos cili
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s./b sos tiram
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 helai daun limau purut

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan cili padi.
  3. Masukkan sos-sos.
  4. Masukkan sotong dan udang. Gaulkan rata dan biarkan separuh masak.
  5. Masukkan sayuran dan daun limau purut bersama garam dan sedikit gula. Kacau rata.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi. Makan panas-panas lagi sedap.

Popia Basah & Putu Piring Pasar Malam

Ni kuih Ummi beli kat Pasar Malam Kuantan petang semalam..Balik dari ofis Ummi singgah kat area pasar tu nak cari barang sikit dan tinjau kedai ikan masin kat situ nak order ikan talang sempena majlis kenduri adik nanti..Mak cakap ikan tu nak buat gulai dengan nenas, itu antara menu untuk malam akad nikah nanti...Mak suh tempah 3 or 4 ekor talang besar sekali yang ada kat kedai tuh...baru isinya tebal dan sedap kan..
Keluar je dari pasar tu Ummi pun singgah beli kuih-kuih ni..perut dah lapar sebab x makan tengahari tu...Popia basah tu 8 ketul = RM4.00 dan putu piring tu 9 keping = RM3.00. Mahal keee? Tapi x kiralah dah terasa nak makan..layan je lah sesekali...Nantilah bila2 kita pakat2 buat pulak kuih2 ni kan..hehe

Thursday, February 19, 2009

Orange Lassi

Weeee...now cuaca cukup panas kan!! Semalam balik ofis, Aiman dah request nak air yang menyejukkan tekak dia laa..dia baru balik main bowling bersama geng sekolah dia...so Ummi wat je lassi ni..senang dan sedap..Resepi dari Honey@MYR tu...Bole je tambah sebarang jus, oren ke, lemon ke, epal ke...
Bahan:- ( 2 orang)
  • 1 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar madu

Cara-Cara:-

Campurkan yogurt dengan susu dan kacau sebati. Masukkan madu dan kacau lagi. Kemudian tuangkan ke dalam gelas yang telah berisi ais ketul..Perahkan sedikit lemon or isi limau sunkist ke dalam minuaman. Minum...slurrpp!! Sejuk tokak eh..

Nasi Goreng Sambal

Hehe..ni dah malas tahap gaban dah ni....tambah2 cuti weekend ni nak balik kampung untuk persiapan kenduri adik nanti, dah pakat dengan adik2 lain balik sekali..malas nk simpan apa2 dalam fridge..masak n perabihkan je apa yang ada kann..Dah x reti nak masak nasi goreng macamana dan yang menyelerakan..kat rumah ni mmg demand yang pedas punya..so nampak resepi ni kat dapur Diana tu...layaannn..D, akak c&p je eh..thanks!!


Bahan-bahannya:-
  • 4 pinggan nasi
  • 2 biji kentang, dikupas kulitnya dan potong dadu
  • 10 ekor udang, dikupas kulitnya dan potong kecil
  • 1 cawan sayur campur
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:-
  • 1 biji bawang besar
  • 6 tangkai lada merah (*ummi letak 5 tangkai je)
  • 4 tangkai cili padi thailand (*tambah jadi 8 tangkai)
  • 2 cm belacan
  • segenggam ikan bilis, dicuci dan toskan
Cara-caranya:-
  1. Bawang besar, lada merah dan belacan dikisar halus. Kemudian masukkan ikan bilis dan kisar sedikit jangan terlalu halus ikan bilis nanti tak sedap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur dan goreng pecah-pecah. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula kentang yang telah dipotong dadu sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng pula udang yang telah dipotong kecil. Jangan terlalu lama nanti udang liat tak sedap. Angkat dan ketepikan.
  5. Tumis pula rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
  6. Masukkann sayur campur, gaul sebati. Masukkan pula telur, udang, kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sebati. Angkat, taburkan bawang goreng dan hidangkan.
Nota: Kalau tidak mahu pedas nasinya jangan letak cili padi thailand.

Wednesday, February 18, 2009

Ayam Bakar

Ingat nak letak entry ni malam tadi, tapi balik ofis punyalah sakit kepala ni berdenyut-denyut je, maybe cuaca yg panas kot, so Ummi zzzz awal malam tadi..lepas Isyak dah k.o. Ayam Bakar ni menu dinner malam kelmarin sebenarnya, balik lunch tengahari tu Ummi perapkan lah ayam ni..petang balik keje Ummi dah boleh bakar je..so layan je lah ya...Resepi dari Kak Hanieliza jugak ni...sekali la dengan sup krim ayam kat bawah tu...Sedap tau rasa ayam ni..ala-ala rasa satay pun ada...
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (potong 8) - (*ummi wat half je dari resepi ni)

Bahan B (dimesin halus) :-

  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawan merah
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 biji cili merah (jika suka - Ummi letak jugak)

Bahan C:-

  • 1 s/b kicap
  • 1 s/b garam
  • 2 s/b madu/gula (*ummi letak madu)
  • kunyit serbuk
  • minyak + serai yang diketuk (buat renjis semasa bakar ayam)

Bahan Lain:-

  • sayuran seperti salad, carrot, timun, tomato, brokoli & bunga kobis
Cara Menyediakan:-
  1. Gaulkan kesemua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 - 4 jam.
  2. Bakar aam dalam oven pada suhu 200 C selama 30 minit (Ummi bakar api bawah 20 minit dan guna api atas bawah 15 minit lagi).
  3. Renjiskan sedikit minyak dengan serai yang diketuk.
  4. Pusing/terbalikkan ayam dan bakar sehingga ayam betul2 masak.
  5. Bila sudah masak, hidangkan bersama sup krim ayam, potato chips dan sayuran tadi.
  6. Makan dengan pencicah sos kesukaan.

Sup Krim Ayam


Buat sup ni untuk makan dengan ayam bakar kat atas tu...Ummi guna paket perencah sup krim ayam Maggie...Lain-lain bahan Ummi ikut macam kak Liza punya resepi...sedaaappp makan panas2...nak makan dengan roti pun ok..Thanks kak Liza.


Bahan:-

  • 1 paket (58 gm) Krim Sup Ayam Knorr (*ummi guna jenama Maggie)
  • 5 cawan air
  • 1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air
  • 1/2 batang carrot (dadu kecil)
  • 1 pokok daun bawang (racik)

Cara Menyediakan:-

  1. Masukkan Krim Sup Ayam, air dan carrot dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai mendidih lagi. (*ummi tambah sedikit garam)
  3. Tutup api dan ceduk ke dalam mangkuk hindangan.
  4. Taburkan daun bawang
  5. Hidangkan dengan ayam bakar.

Monday, February 16, 2009

Apam Ambon

Ni buat petang semalam untuk bawak sikit ke rumah adik ipar yang baru berpindah ke Kuantan nih...dah lama nak ziarah dia, x lepas-lepas lagi..hehe...Gara-gara terpikat tengok kat dapur Zaliana lah ni...memang puas hati...lembut gebu dan sedap sesangat...syaratnya ikut step semua betul2 tau..kalu kata pukul sampai putih dan kembang tu..haa pukul la sampai camtu..hehe..Thanks Za, mmg sedap..nanti nak buat lagi..Akak minta izin C & P je la eh..
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.

Jemput-Jemput Air Didih

Janganlah ada yang terkejut or pelik la baca nama jemput2 ni..Just untuk bezakan cara bancuhan dengan jemput2 biasa tu je...Cara ni biasa mak Ummi yang buat. Xdalah pelik sangat pun, cuma air yang pertama dimasukkan dan digaulkan dengan tepung adalah air mendidih tuuu..hehe..Bila bancuh cara camni, x perlu letak baking powder ke, soda bikarbonat ke...very simple...tengah panas rangup betul dan bila sejuk pun lembut sampai ke petang...Meh bancuh jemput..hehe

Bahan:-

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 cawan air mendidih
  • 1 3/4 cawan air biasa (lebih kurang la ni)
  • 15 ekor udang - (kalu besar, kerat2 sikit)
  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • taugeh ikut suka (byk sikit lg sedap)
  • daun kucai - kerat 1 inci
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak banyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:-

  1. Satukan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
  2. Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
  3. Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul2 sikit).
  4. Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
  5. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
  6. Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos kesukaan.

Saturday, February 14, 2009

Udang Tempoyak Daun Kunyit

Menu semalam ni...x sempat nak posting..Hari ni masak macam biasa wpun cuti, xleh nak lewat jugak sebab Aiman kena attend Kelas Kepimpinan Pengawas dari pagi sampai 5.30 petang. Najiha pun kena pergi sesi taklimat untuk Kelas Memandu seharian dari jam 8.00 pagi sampai 4 petang tadi. Lepas buat spaghetti goreng Ummi pun kemas dapur semua, sidai kain dan terus basuh porch. Hubby lak tolong vacuum dari living sampai dining room, kipas kat siling pun semua dia cuci...thanks a lot yang..hehe..Pastu dalam jam 10.30 pagi kami berdua bertolak ke Muadzam Shah untuk kenduri kahwin anak kawan lama masa kerja sana dulu..Balik semula Kuantan sampai rumah dah jam 3.30 ptg. Lepas tu keluar lak cari barang untuk kenduri kahwin adik Ummi nanti dan terus ambik Najiha kat tempat driving school dia..Penatnya..rasa nak duk baring je...Tapi ku gagahkan jua mengadap kat sini..hehe..

Ok ok, meh la salin resepi ni eh..Asal dari majalah Keluarga, tapi Ummi dah adjust jugak laa..sedap ooo..masa masak malam tadi, hubby balik masjid kata bau sampai kat luar pagar sana..ye ke? kena bagi jiran kalau camni eh..hehe...masak sikit jeee...

Bahan:-
  • 250 gm udang
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus

(*Nota: Resepi asal tidak menggunakan santan, hanya air sahaja)

Bahan Kisar/Tumbuk:-

  • 8 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 cm kunyit hidup
  • 3 sudu besar tempoyak
  • sebahagian santan cair
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak dengan api perlahan. Masukkan sebahagian lagi sanstan cair. Kacau-kacau selalu.
  2. Masukkan udang dan biar mesra sekejap.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan pati santan dan kacau sebentar. Biar kuah pekat sedikit.
  5. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi.
  6. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

Sambal Telor Dadar

Ni menu semalam, saja nak menambah lauk makan dengan udang tempoyak kat atas tu...my kids kurang sikit kalau udang masak camtu..so buatkan sambal telor dadar ni..Resepi sempoi tapi dah ternampak dalam majalah SAJI barulah teringat nak buat...hehe..Selalu tu wat telor mata dulu..
Bahan:-
  • 5 biji telor
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • kacang peas/jagung

Cara-Cara:-

  1. Pecahkan telor dan letak sedikit garam, pukul sedikit.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan kesemua sekali (biar tebal) dan goreng dadar seperti biasa. Setelah masak, angkat dan potong 4 atau ikut suka. Ketepikan.
  3. Panaskan 5 sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak (masukkan sedikit air jika perlu).
  5. Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan telor yang telah dipotong tadi dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan kacang peas. Kacau rata sebentar. Tutup api.

Friday, February 13, 2009

Creamcheese Butter Cake

Kek yang gebus, lembut dengan campuran creamcheese dan butter dan sedap dengan rasa jem pilihan yang diletakkan sebelum dibakar. Jem akan mendap masuk ke dalam kek menjadikannya betul2 best dan ia juga tidak terlalu manis!! Itu yang Ummi boleh bagitau...kalau nak rasa, kena try eh..Resepi sumbangan Babybatriesyia (FRD) tapi Ummi ambil dari blog Diana. Thanks for sharing..
Bahan:- (loyang 8x8 inci)
  • 200 gm mentega
  • 200 gm cream cheese (ummi guna Philladelphia cheese)
  • 250 gm gula kastor
  • 5 biji telor (*ummi guna saiz B)
  • 250 gm tepung gandum (*ummi guna 200 gm tepung gandum + 50 gm superfine)
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*ummi guna strawberry jam)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung bersama baking powder. (*ummi ayak 3 x)
  2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
  4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
  6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
  7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (*Ummi bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.

Agar-Agar Taufufa

Dessert ringkas tapi nyaman masuk tekak...Resepi dari Noormasri kalu x silap..
Bahan:-
  • 12 gm serbuk agar-agar
  • 10 cawan air
  • 1 tin susu cair (*ummi guna Ideal Nestle)
  • 1 cawan gula
  • 2 tin laici

Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
  2. Masukkan susu cair dan gula. Tunggu mendidih seketika.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan/mangkuk kecil. Sejukkan
  4. Semasa menghidang, letakkan sirap dalam laici dan buahnya sekali.

Nota: Agar-agar ini memang lembut ala-ala taufufa, tak boleh dipotong.

Wednesday, February 11, 2009

Bread & Butter Pudding

Semalam tengok roti banyak lagi tapi dah nak expired lak sebabnya baru ni balik kampung, roti ni tertinggal kat rumah, tu la pasaiiii...Dulu dah penah jugak buat bread & butter pudding ni..but this time around I tried out Inahar's recipe and it turned out well...more delicious and creamy...Thanks Inahar..Akak copy n paste je eh...ime aciiihhh..hehe..sedap nih!!
Bahan-bahan:- (loyang 8x8 in)
  • 10 keping roti gardenia (Ummi buang 2 bahagian tepi yang agak tebal)
  • 500 ml susu uht@ fresh milk
  • 300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
  • 5 biji telur
  • 100 gm gula castor
  • 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
  • 50 gm raisin
  • ssedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
  • esen vanilla
Cara Membuat:-
  1. Telur dan gula di pukul hingga gula hancur.
  2. Then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
  3. Susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.
  4. Tabur kismis dan potongan nenas di antara lapisan roti dan lapisan atas sekali.
  5. Then tuangkan bancuhan susu tadi.
  6. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
  7. Bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 45-50 minit.(ikut oven masing2)
Note: Oven Ummi gunakan suhu 170C selama 50 minit...ngam-ngam sap suiiii..hehe

Kering Tempe (Tempe Kering) Indon Style


Hari tu beli 2 paket tempe tak masak2 lagi..dah hampir terlupa lak simpan dlm fridge tu...hehe..Resepi simple jek, tapi kalu x kena gaya x menjadi jugak dan x ngam dengan tekak kaan...X tau lah orang sana sebut Kering Tempe, tapi kalau kat sini kiranya Tempe Masak Kering la kot..hehe..Meh layan resepi dari Sexy Chef ni. Best!! Lagi-lagi kalu makan gitu jek..hehe
Bahan:-
  • 2 paket tempe - hiris nipis kecil
  • 4 sudu makan kacang tanah
  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 4 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan hirisan gula melaka
  • 1 sudu teh gula pasir
  • sedikit air

Bahan Tumbuk:-

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • garam secukupnya

Cara Memasak:-

  1. Goreng secara berasingan tempe hingga garing, kacang, ikan bilis dan cili merah. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula pasir dan air. Kacau rata dan biar kering sedikit. Jangan sampai hangus dah laaa..
  3. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan kacau rata dan seimbangkan rasa. Angkat dan hidangkan.

Asam Kari CMG

Kadang2 nak masak tak reti dah nak pilih resepi mana dulu..tengok yang ni sedap, tengok yang tu sedap...tapi yang paling laku kat rumah ni kalu semua yang berkaitan dengan "pedaassss"...hehe..So inilah habuannya hasil selongkar dapur Mat kelmarin...Oiihh, terangkaattt...berselera sungguh orang dalam rumah ni makan...hehe..Ummi x ingat la, rasa macam pernah dah masak ni..ish x kesah laa..meh layan resepi k.
Bahan:-
  • 500 gm ikan pari (ummi guna tenggiri)
  • 10 batang bendi
  • 3 biji tomato - dibelah dua (ummi guna tomato ceri)
  • 2 kuntum bunga kantan - dibelah dua setiap satu
  • segenggam daun kesum
  • sejemput asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 500 ml air (secukupnya)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis (+- 4 camca besar)

Bahan Untuk Rempah (bertanda * ditumbuk lumat):-

  • *6 biji bawang merah kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 cm halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1 keping hirisan lengkuas
  • *1 cm belacan
  • 2 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar rempah kari ikan

Cara Memasak:-

  1. Ikan pari dipotong-potong dan perap dengan sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas bersih. Toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak dengan api yang sederhana.
  3. Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Biar mendidih lagi.
  5. Masukkan air asam jawa dan bendi. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Akhir sekali perlahan-lahan masukkan tomato dan biarkan mendidih sekejap.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, February 10, 2009

Double Chocolate Muffin

Okayyy yang ni pun Ummi buat untuk anak-anak sedara sebelum balik kampung jugak..sori la yea...dah licin...Asal resepi dari Quick N Easy Treats, tapi Ummi seludup dari dapur Diana lagi hehee...Sedap dan lemak dengan rasa yogurt tu..Tapi choc chips dah habis, ummi campur jek choc rice...Meh salin resepi k..
Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula perang (resepi asal gula kastor, so kurang manis sikit)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 100 gm mentega, dicairkan
  • 1 biji telor
  • 3/4 cawan yogurt plain
  • 1/2 cawan susu coklat (resepi asal susu putih)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan choc chips (*ummi out of stock, letak choc rice je)
Cara Membuat:-
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula.
  3. Pukul telor dan esen vanila, masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
  4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (*ummi guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
  5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
  6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
  7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih.