Monday, February 2, 2009

Kuah Dhal Udang


Sarapan ringkas pagi minggu semalam..nasib x lupa nk masuk entry ni tadi..hehe...Roti canai segera je..Ummi masak kuah dhal tu...buntu betul nak masak apa, macam maleh betul nak memikir..hehe...kebetulan ada instant pratha ni..perabihkan kacang dhal yang dah lama gak x habis2 lagi..Layan je lah kuah dhal tumis darat ni eh..
Bahan:-
  • 100 gm kacang dhal...rendam 2 jam sekurang2nya...basuh dan toskan.
  • 10 ekor udang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam secukup rasa
Bahan Tumis Darat:-
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 3 ulas bawang merah
Cara Memasak:-
  1. Rebuskan kacang dhal dengan air.
  2. Bila air telah tinggal separuh, masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Biarkan mendidih lagi.
  3. Bila kacang dhal telah lembut dan kelihatan agak pecah bolehlah masukkan santan dan garam secukup rasa. (Boleh juga dikeluarkan sebahagian kacang dan diblend biar separuh hancur).
  4. Masukkan udang dan masak lagi sambil dikacau sesekali kuah kacang tadi. Perasakan garam dan tutup api.
  5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumis tadi hingga naik bau dan kekuningan.
  6. Tuangkan ke dalam periuk kuah kacang dhal tadi dan kacau-kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

No comments: