Monday, February 9, 2009

Kuih Bakar Bijan

Ni antara kuih yang Ummi bawak balik kampung Sabtu baru ni...Dulu dah buat bingka telor, kali ni try kuih bakar lak, tapi Ummi tambah namanya Kuih Bakar Bijan eh, senang nak ingat..Semua family cakap sedap..hehe..kena je dengan tekak...Resepi dari Joayee ni Ummi kutip kat MYR...Thanks Jo..x puas makan..nanti nak buat lagi..
Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit)

8 comments:

princessharyati said...

cantik kuih bakar k.ummi

Mat Gebu said...

Kuih ni mmg sedap, pernah try sekali dulu, resipi JO..tapi kuih2 org melayu kita, mana boleh lari dari santan, telur dan gula..depa tu kan semua sedara kembar....

Anonymous said...

Yatt - X cantik pun xpa..tapi memang sedap betuiiii..hehe

Mat - Aah la Mat, kalu ada je kandungan 3 serangkai santan, telor gula tu memang sedap laa, confirmed!! Mintak2 x kena 3 serangkai tu dah laa...nauzubillaahh...

Anonymous said...

kak,
tumpang tanya, bijan tu kena tabur bila?

Liza

Anonymous said...

Liza, tabur bijan tu sebelum bakar laa..lepas tuang adunan dalam loyang..tabur jek! Happy trying..

MyLilBundle said...

kuih ni antara fav kalau gi beli bekfast pg2 kt gerai nasi lemak tepi jln tu mmg kalah ngan karipap...lemak berkrim!! ikshh cantik elok kuih ummi wat yer.. penuh bijan..

Ummi said...

Shima, memang kat rumah ni pun kalu yang berlemak,manis, bersantan segala ni pun mmg laku..hehe..x igt doniaaa makan..Aah, taruk bijan byk sikit..sedap!!

Unknown said...

salam..thanks for resepi..baru nak mencuba..harap2 menjadi la..