Tuesday, April 7, 2009

Bakwan Jagung

Dulu-dulu selalu mak buat Ummi x berapa layan sangat..tap now tekak mcm nak makan, rindu je nak jemput jagung camni...Resepi azareena@MyR tu...
Bahan:-
  • 2 cawan isi jagung (Ummi guna jagung dalam tin je)
  • 1 cawan tepung gandum (Ummi tambah 1/3 cawan lagi)
  • 1 bij telor
  • 1 -2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • sedikit ikan bilis - digoreng terlebih dahulu (*ummi x letak ni)
  • 2 sb gula
  • 1 sk garam
  • 1 cawan lebih sikit air
  • minyak untuk menggoreng.

Cara-Cara:-

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng dahulu bawang besar dan bawang putih hingga layu dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan
  2. Masukkan jagung, tepung, telor, garam dan gula dalam mangkuk.
  3. Masukkan bawang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Goreng seperti jemput biasa.

No comments: