Monday, April 13, 2009

Nasi Goreng Kampung

Menu pagi sabtu kelmarin, heee..sori la baru leh letak hari ni..bz sesangat...lepas masak nasi goreng kampung ni, kemas2 rumah jap..pastu gi kenduri kahwin kawan hb..then kul 2.00 ptg terus Ummi n hb menemani Najiha untuk interview TESL yang dipanggil oleh pihak Uitm...Lama gak la duk menepek kat Uitm Jalan Padang Lalang tu..mula sampai dia masuk ujian bertulis, then baru interview...kena pulak dia yang terakhir..alahaiii..nasib duk dekat je...pukul 6 lebih baru balik rumah...layan je laa ni yaa..dah licin pun...
Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 12 - 14 tangkai cili thai (ikut selera nak pedas ke tak)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih -cincang
  • 1 cekak sayur kangkung - potong2
  • 1 mangkuk ikan bilis - digoreng dahulu
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sb kicap cair
  • sedikit garam

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan pati ikan bilis dan kicap cair. Kacau sebentar.
  3. Masukkan sayur kangkung, kacau rata.
  4. Masukkan garam dan kemudian nasi. Kacau balik biar rata.
  5. Seimbangkan rasa. Tutup api.
  6. Masukkan ikan bilis dan kacau balik biar rata bersama nasi. Sedia dimakan bersama telor mata pun sedap.

No comments: