Wednesday, February 24, 2010

Ikan Merah Berlado ala CMG

Hai baru nk letak entry lauk malam td. Akak pun dah x tau nak masak apa dah, kalau buat kari ikan ke, masak lemak ke, sup ke, Aiman x suka sangat, kurang laju je makan nasi...masak pedas je yang laku. Tapi kan, dah macam2 cara ikan masak pedas dah masak....cara akak la kan, tandus idea dibuatnya. Last2 kali ni try style Mat Gebu la pulak, dia masak ikan keli berlado sebenarnya...biarpun bahan hampir sama je dgn cara akak masak, maybe kelainan sukatan bahan boleh membezakan rasa kan....So layaaannnn, cukup hot n spicy!! hehe..Akak masak sekeping besoor ikan merah ni..cukup lah sangat2 tuk kami bertiga, ada lebih leh makan tenghari tadi lgk..hehe, C n P ya Mat..
IKAN MERAH BERLADO ala MAT GEBU
Bahan-Bahan:- (akak buat half dr bahan ni)
  • 5 ekor ikan keli sederhana besar (*akak tukar ikan merah)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 - 3 biji limau kasturi
  • 1/4 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 inci belacan*
  • 6 biji cili merah*
  • 5 - 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)

Cara Memasak:

  1. Ikan keli dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya.
  2. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
    Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan.
  3. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  4. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata.
  5. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera....

2 comments:

ain said...

kat umah sy pulak, segala yg berlado mmg tak jalan. balik2 ikan goreng atau msk lemak x de lada. tensen tekak saya menelan.hehe!!!!

ijan said...

ini pon sodap... nak lada lebih ek.. kite bab2 lada ni suke benor... kalau dapat ni ngan mata2 ikan ku korek korek ni... eeee geramnye.