Friday, February 5, 2010

Ikan Pari Bersambal Pekat

Lauk dinner malam tadi...rajin sikit memasak..hehe..ada lebihan lagi ikan pari beli baru-baru ni, so nak menghabiskan stok laa..nak masak asam pedas kang mcm x sedap dah, sbb kurang fresh kan...so akak masak bersambal pekat camni....Lagipun akak ada masak ketam lemak cili padi (nnt masuk entry eh..hehe) hubby nk makan...Aiman lak kalau lemak2 cili padi ni dia kureenngg..so akak kena la masak bersambal pedas camni...Memang kaw-kaw pekat punyerr!! Resepi sendiri namun sedap pada tekak kami bertiga...hehe...(masuk bakul, golek sendiri lak..hehe) Layaaann ni dulu eh...


Bahan:-
  • 4 ketul ikan pari yang dipotong sederhana
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 kepung asam gelugur
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 sb. gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air (jika perlu)
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Kisar/Tumbuk:-

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 biji buah keras
  • 1 cm belacan yg dibakar

Cara Memasak:-

  1. Ikan dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan (3/4 masak). Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar dan serai dengan api perlahan hingga naik minyak.
  3. Masukkan asam gelugur dan sedikit air jika tumisan terlalu kering. Kacau.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata dengan bahan sambal. Masak biar kuah pekat dan bersalut pada ikan. Seimbangkan rasa dan tutup api.
jemput makan... ^_^, eh nasinya mana eh..hehe

5 comments:

qaseh said...

mesti cuba ni....resepi yg menyelerakan.

Love2cook Malaysia said...

Hi KakUmmi, ur dish is simply tempting! Owh nooooooooooooo...pls gimme some ;)

Watierman said...

Salam Ummi...ada tak nasinya...jangan tak tekan suis dah..kita pernah wat kerja tu..masa nak buka puasa lak tu!! hehehe

Ada ikan pari kat esbox tu...bila nak wat ni..selalunya buat asam pedas tumis...mmg hantu lah!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ummi..
Jarang² ni orang masak pari cam gini...Ada masa boleh cuba gak ni...

ijan said...

Memang best kalau ikan pari. Masak sambal pedas gini lagi la... lagi satu kite suke yg asam pedas... kak ummi buatla.. leh kite jamu mata.hahhaaha