Tuesday, May 25, 2010

Mocha Bun

Okayyy ni baru nak tayang bun yang akak buat untuk bawak balik kampung weekend baru ni...cuci mata je ya....jgn mintak, dah licin...hehee...Resepi angkut dari dapur Mat Gebu yg asalnya dari Mamafami yang memperkenalkan kaedah ulian menggunakan "water roux" tu ...mmg sedap lembut la kan...Okay Mat, akak nk copy n paste sini pulak la yaa...thanks to Mama n Mat...
MOCHA BUN

BAHAN-BAHANNYA :-)


190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar (mat guna "nescafe mocha" dlm tin)
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega

BAHAN "WATER ROUX" :-)
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).
  2. Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 35g. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

9 comments:

Anonymous said...

salam kenalan Umi,

wahh menarik nye bun gebus ni umi ...

izahdaut said...

salam kak ummi..saya pun nak try buat la.nampak gebu tul tu..

ijayuji said...

Salam kak ummi cayang.. amboiiiii pesal gemuk sgt niii roti akak ni?? rasa nak cucuk2 jer kasi kempis ahahaha... ni yg rasa nak meroti jgk ni pdhal hari2 meroti tp lain perasa :D

Mat Gebu said...

comeynyaaa....gebu kann kak....mcm pipi saya pun ada..tapi cuma kaler je tak sama..ahaks

anymz said...

saya pasti buat nih nanti.mm mungkin esok sbb skang saya sudah buat roti kismis

ain said...

gebunya bun akak !!! nak sikit!

Style said...

nyum3... sedapnyer roti nie, menarik jew...

MamaFaMi said...

Huhuhu..dahlah montok, menghelit lak tu... mana tahan sih! Lom sempat ngecek, Ummi kata dah habis. Terencat gue!

Jayanthy Kumaran said...

superb dear...looks so delicious..thanks for sharing this awesome recipe.