Tuesday, July 27, 2010

DagingTeriyaki

Okaayy layan la yeaa..masakan orang malas2...sakit2 perut lagik....hehee...Resepi asal ceduk dari All.Recipes.com. tapi akak dah adjust dengan bahan2 yang ada kat dapur akak nih je...Ni yg akak dah adjust la eh..Sori la gambar x berapa lawo sebab anak akak yg tolong snap....hehee (*akak pun bukan pro jugak pun....hahaha)

Bahan:-
  • 400 gm daging (boneless beef/sirloin steak)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 kiub pati lembu (ni akak saja letak)
  • 2 sudu besar kicap soya
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • 1/4 sudu kecil garlic powder
  • sayur brokoli secukupnya
  • bijan putih ( optional )
Cara-Cara:-
  1. Potong daging nipis tetapi lebar. Campurkan dengan bahan di atas kecuali air, bijan dan sayur brokoli. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan masak daging dengan api sederhana besar. Tutup kuali agar daging cepat masak, sesekali balikkan.
  3. Tambah sedikit air dan masak hingga daging benar2 empuk.
  4. Masukkan bahan campuran yang digaul sebati tadi dan masak hingga daging bersalut dan pekat. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan brokoli dan masak 1 minit. Tutup api dan taburkan bijan ke atas daging. Hidangkan.

6 comments:

Ely Hasrul said...

hamboii sedapnyeee

Cik Lily Putih said...

la tak yah pakai sos teriyaki ek!

aroha mizwa said...

salam k.ummi...
sedapnye nmpk daging tuh tambah2 ada brokoli sayur feberet tuh...ala dh byk ketinggalan menu akk nie...jagung ada lg x nnt boley buat jemput2 jagung lak...

indahhouse said...

Salam kak ummi,
Moga makin sihat ya kak. wah..Daging teriyaki ni sangat sesuai buat sahur, ringkas dan sedap. ;)

CT Delima said...

salam K.Ummi.... menayang lak daging yg sedap ni yek. x bole tahan dah ni... meh anto sepiring kat umah ct ya... hehehe.

Ida,Japan said...

slm k'ummi....sedap nmpk daging tu..sesuai utk bulan posa ni,terutama utk sahur..sbb tak b'kuah