Saturday, February 19, 2011

Telor Dadar Berempah

Salam...hehehee....resepi sempoi jek akak nak tayang ni pun....ntah laaa...malas tul nak masak beriya-iya...janji leh masuk tekak sudah laa..hehee...Malas gak nak bebel pun...Jom layan teloooqqq dadar dah la eh...dah macam-macam pesen gak goreng telor ni, letak rempah kari laa...letak udang laaa, letak mayonis laa dan macam2 nama ada....hehe, tp ni spesel punya tau...goreng bukan sebarang goreng....Idea resepi ni ternampak kat dapur Yana@Sweet Memories.......sedap jugak untuk sesiapa yang inginkan kelainan....terangkat jugak...! layaaaann...

TELOR DADAR BEREMPAH
Sumber: Yana @ Sweet Memories

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 biji cili merah - hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara Memasak:-
  1. Tumbuk lumat ketumbar biji, bawang merah, bawang putih dan halia (blend pun boleh).
  2. Pecahkan telor dalam mangkuk, masukkan bahan tumbuk, daun sup, daun bawang, bawangbesar, cili, kicap dan garam secukup rasa.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (*senang guna non-stick pan), tuangkan adunan telor dalam kuali.
  4. Balikkan telor untuk bahagian atasnya pula (jangan sampai pecah...hehee)
  5. Biarkan hingga kedua-dua bahagian betul-betul masak. Padamkan api, angkat dan potong-potong.
  6. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

7 comments:

Mas said...

perrhhh..kalau ngan telur..letak apa pun mas sapu licin...
sedappnya tengok...

ADLIL RAJIAH said...

wohohoho!!! meleleh! saya suka jugak bila telor + terong! :)
Saat Aku Kau Pilih"

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Hem..... sedap ni, nampak macam mertabak. Penambat selera.

izahdaut said...

ha ah..nmpk cam murtabak..sedap la tu semua remph ada kan..new menu tu..leh try

fara dean said...

sedappnya..bau dan rasanya mesti class!!

CikGu NOr said...

kalau saya..telur dadar mesti mkn ngan lauk tomyam..

ijan said...

Kena regu kan dengan kuah kari ni Kak Ummi.. mcm kat kedai mamak pulak :)