Friday, April 1, 2011

Review Resepi Jelita : (2) MEE LIDI GORENG HIJAU

Assalamualaikum....selamat petang....seterusnya akak kongsikan resepi Mee Lidi Goreng Hijau nih untuk sesiapa yang sesekali teringin berubah rasa....harap2 mencapai standard tekak memasing la yea...hehehe...


MEE LIDI GORENG HIJAU
Bahan:-
  • 1 1/2 paket mee lidi
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 10 ekor udang basah
  • 2 sudu besar kicap cair/masin
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 biji kobis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai daun sup
  • 2 pokok daun bawang
Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
  5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
  6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

8 comments:

Rozita Ceritaita said...

mcm pedas je kak?...pedas tak?

fmina08 said...

mee lidi tu yg mana kak?

Ummi said...

Rozita -
X pedas mana pun...sedang2 jek..

Fmina -
Mee lidi yg dlm paket cap naga gitu..jenis kering warna kuning leper, pjg mcm spagheti gak..

Issnita -
Hehehe...agak2 la kot...kena try dulu baru tau..kan, kan..

Unknown said...

kak Ummi, kalau guna mee spaggethi leh tak kak? hmmm menarikla resepi ni...suka pedas2..:)

Wattie said...

Salam Ummi,
Bilala nak try mee ni......nak sepinggan tukar ngan ayam panggang leh

K.Nor said...

mmg sedap! nor dah buat aritu kan.. baru2 ni gi kedai rembat lg 2 paket mi lidi hehe

Azian Elias said...

Laaa... kak.... camne mee lidi tu?? mmg melidi ke halusnya. bila rebus dia kembang?

Unknown said...

Assalam.. Suke Sy nyatakan.. Mee lidi yg sememang Nye popular d Daerah d Pahang. Mee lidi Ni lbh senonim dgn MEE TALAM.. Mee kuning Ni sebenarnye sedap makan panas2 sbb ianya masih lembab.. Jk sejuk ia kurang sedap sbb Akan lbh kering.. Salam apa jua bentuk hidangan ia Akan menjadi kegemaran. Cb masakan mee lidi basah sos tiram.. Umphh..